(papules, pustules, and cysts) to form. These growths are commonly called pimples or "zits."
menurut wikipedia :A pimple, zit or spot is a kind of acne, and one of the many results of excess oil getting trapped in the pores. Some of the varieties are pustules orpapules. Pimples can be treated by various acne medications prescribed by a dermatologist, or purchased at a drug store with a wide variety of treatments.
jadi apa tujuannye hari ini saya membebel pasal jerawat?
tak de sebab spesifik pon.
saje2 mendalami ape yang selalu berlaku pada muka manusia.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
- Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
cara-cara lain
- pakai bedak sejuk bercampur dengan garam dan air asam jawa.
- elakkan makanan berminyak dan bergoreng.
- makan banyak sayur dan buah.
- Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup.Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.Setelah campuran sebati, sapu ratakan ke seluruh muka.Biarkan kira-kira 20 minit.Kemudian ketika mandi,basuhlah dengan bersih.
- Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
- Basuh muka dengan air basuhan beras.Setelah kering cuci dengan air bersih
- Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul.
akan bersambung.
minum air banyak2 semua.
:)
No comments:
Post a Comment